Saturday, December 26, 2009

Keistimewaan 10 Muharram

Bubur Asyura yang telah siap disediakan

Muharram

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah.

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.





Proses menyejukkan bubur Asyura

PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula
dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam
juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa
yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah
kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya
sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang
terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda
kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah
mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah,
namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang
sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru
berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada
hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi
tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka
kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:

"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa
pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis
ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah,
Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana
banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping
ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan
ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.



"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan
memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi
pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang
mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari
Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu
darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw
dan mengenyangkan perut mereka."

Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari
Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." Jawab
Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari
Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan
laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari
Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan
menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada
hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan
menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah
memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga
kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan
terjadi pada hari Asyura."

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa
kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat
mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya
memohon keampunan.



Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah
sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka
diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini
mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya
Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah
kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi
Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka
berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana
pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh
kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada
Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah
menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi
Adam a.s.



2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke
langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.



3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s
kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga
termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir
tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini
sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu,
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.



4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai
Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda
diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim
diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah
Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.



5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud
kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri
sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana
Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan
menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud
atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan
kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.



6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke
langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum
Bani Israil.



7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam
daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat
yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir
dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah
kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s



8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun
serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka.
10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.



9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan
hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun
menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan
Nun.



10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada
10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.



Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan
maksudnya:



"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah
wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka
berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh
meninggalkannya."



Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini
sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka
diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya
adalah sunat.



Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura


1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri

Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.




2. Memuliakan fakir miskin

Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.



3. Menahan marah

Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda



4. Menunjukkan orang sesat

Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.



5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.



6. Bersedekah

Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.



7. Memelihara kehormatan diri

Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya

keimanan.



8. Mandi sunat

Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.



9. Bercelak

Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.



10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.



11. Sembahyang sunat empat rakaat

Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama

50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."

Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.



12. Menjamu orang berbuka puasa

Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.



13. Puasa

Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


readmore »»

BERUBAH daripada jahil kepada beragama merupakan detik penghijrahan yang memerlukan pengorbanan. - Gambar hiasan


TAHUN baru sering digambarkan sebagai permulaan yang baru. Bagi sesetengah orang, ia suatu saat untuk melihat dan menilai pencapaian dan azam lalu serta proses muhasabah diri supaya menjadi individu lebih baik. Namun tidak kurang juga yang hanya menganggap tahun baru hanyalah permulaan dalam sesebuah kalendar dan tidak membawa apa-apa makna kerana menganggap azam dan matlamat tidak akan bertahan lama.

Di dalam Islam, tahun baru Hijrah membawa signifikan yang besar kepada umatnya. Ia bukanlah sambutan perayaan atau simbolik semata-mata, tetapi membawa maksud yang lebih mendalam.

Umum memahami peristiwa hijrah adalah perpindahan besar Rasulullah SAW serta pengikut-pengikut baginda waktu itu dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita mengetahui bahawa peristiwa hijrah Rasul itu membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang.

Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.

Justeru, hijrah dari segi pengertian secara umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya. Hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.

Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi.

Hayati roh hijrah

Hijrahnya Rasullullah SAW dan para sahabat dengan segala pengorbanan dan kesusahan, adalah semata-mata kerana menyahut seruan Allah bagi meninggalkan buat sementara negeri Mekah yang ketika itu dipenuhi dengan kekufuran dan kesyirikan. Mereka menuju ke kota Madinah untuk mendirikan sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam menurut ajaran Allah dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu, hijrah merupakan kewajipan utama yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam ketika itu, kerana tanpa hijrah tersebut masyarakat Islam tidak dapat dibentuk.

Hijrah yang amat bermakna dipimpin oleh Rasulullah SAW itu menjadi titik tolak penting dalam sejarah perkembangan Islam dan pembinaan tamadun seterusnya. Konsep 'rahmah alamiah' menjadi teras pembangunan umat dan masyarakat.

Lebih banyak titik temu daripada titik beza yang wujud dan terdapatnya perbezaan dilatari oleh kelainan adat resam, budaya dan aliran kepercayaan mencetuskan kekayaan dan kepelbagaian yang akhirnya memantapkan kota Madinah sebagai kota agama yang menjadi asas terbinanya suatu tamadun.

Asas yang sangat penting dikembangkan dalam konteks masyarakat bertamadun ialah wujudnya kepelbagaian, hadirnya kepimpinan yang dihormati oleh semua pihak, adilnya kepimpinan yang ada, rasa selamatnya warga Madinah pada waktu itu selagi ikrar dan janji tidak dilanggar dan berkembangnya kota Madinah sebagai kota dagang dan kota pengembangan ilmu dan pendidikan yang memiliki ciri-ciri kosmopolitan.

Semua situasi di atas tentunya berlaku berlandaskan rasa berkorban yang tinggi. Pengorbanan dan toleransi adalah elemen utama apabila berlaku sesuatu penghijrahan.

Konsep hijrah Rasul sangat sesuai dijadikan model dalam masyarakat berbilang kaum supaya hidup dalam kesepakatan dan aman sejahtera. Oleh itu, roh hijrah Rasul serta semangat Aidiladha yang baru berlalu wajib dikenangi oleh masyarakat hari ini supaya hidup ditelusuri dengan lebih penghayatan.

Remaja, hijrah dan pengorbanan

Persoalannya, apakah remaja hari ini benar-benar menghayati semangat pengorbanan dan konsep hijrah? Adakah ia cukup dengan meraikan di surau-surau dan masjid-masjid? Malangnya apabila tahun baru masihi menjelang, ia disambut dengan pesta, hiburan melampau dan tidak bermoral.

Sambutan Maal Hijrah bagi umat Islam merupakan titik permulaan melakukan yang terbaik dan sewajarnya diadun dengan khasiat iman dan takwa yang tinggi.

Tanpa melibatkan iman dan takwa, seseorang Muslim itu tidak mampu mengharungi kemelut dunia yang makin mencabar apatah lagi Islam di asak dari pelbagai sudut oleh musuhnya yang sentiasa menanti saat-saat kelalaian.

Tidak dinafikan, remaja memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Potensi remaja perlu dibangunkan secara holistik dan sempurna supaya dapat meneraju negara dengan acuan dan model sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada anasir-anasir dan pengaruh dari luar.

Kita melihat umat Islam di sana-sini terhimpit dengan desakan globalisasi, kemiskinan dan kemunduran.

Kemunduran berpunca daripada sempitnya akal fikiran, ketidaksanggupan manusia untuk berubah, kejahilan serta sikap tamak dan rakus yang natijahnya memakan diri dan masyarakat.

Oleh itu setiap remaja Islam mesti ada semangat dan cita-cita untuk berubah. Berubah dari segala sifat yang kurang baik kepada yang lebih bermakna untuk diri dan masyarakat.

Ini bermakna remaja harus berani melakukan perubahan dan pengorbanan. Remaja mesti bersedia mengorbankan tabiat-tabiat lama yang kurang baik seperti membuang masa, suka berhibur tanpa arah serta tidak berfikiran terbuka.

Remaja juga harus bersedia untuk menerima pandangan, berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran diri, memantapkan keterampilan diri supaya lebih maju dan dalam masa yang sama berpegang teguh kepada syariat Islam.

Remaja Islam tidak kekurangan contoh dan tauladan dalam membangunkan umat. Tamadun Islam yang lampau boleh dijadikan titik refleksi tentang pencapaian umat Islam pada hari ini.

Sememangnya kita wajar berasa iri dengan kejayaan Barat dan orang bukan Islam dalam pelbagai bidang pada masa kini, tetapi dalam masa yang sama kita juga harus berani mendepani cabaran tersebut dan berusaha untuk merubah keadaan umat Islam.

Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, dimana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.

Pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh yakin pasti akan membuahkan hasil yang terbaik.

Perlu difahami bahawa hijrah merupakan syiar keimanan, sama ada hijrah dari suatu tempat kekufuran, kemusyrikan dan kejahilan kepada tempat yang dinaungi akidah keimanan dan hakikat kebenaran.

Oleh yang demikian, setiap remaja Muslim perlu memiliki semangat untuk berubah dan berjaya dalam segenap ruang kehidupan, apatah lagi melihat kepada cabaran globalisasi yang semakin menghimpit dan arus kemodenan yang semakin menghakis nilai-nilai keimanan dan ketakwaan.

Kesimpulan

Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar dilakukan.

Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Justeru, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik.


readmore »»

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.


Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang,buang angin dalam badan, senggugut, sembelit dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).




Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

polysaccharide

fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

amino acid yang membentuk protein

karotene iaitu sumber vitamin A

kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Hasil Kajian

Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.

Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.

Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak atau kapsul habbatus Sauda sebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.

Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.

Di Timur Tengah, minyak dan kapsul ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai obat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk.

readmore »»
Wednesday, December 9, 2009

Facebook wujud pro dan kontranya

Assalamualaikum.... hai sahabat2...hope sihat2 selalu....baru semalam sy telah mengeluarkan kenyataan untuk mendelete facebook sy,tp pagi nie sy baru sahaja dapat artikel baru dari blog saifulisam.com . mengikut penulisan blog tersebut, beliau menyatakan facebook memiliki pro dan kontranya.

Facebook bleh menjadi haram apabila :

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.


Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

23_1-3


“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

Ini pula berkenaan isu Facebook dan yahudi, ikuti kenyataan blog saiful islam :

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

haaa....nie paling best...sahabat2 sy yg mengemari facebook sgt mngakui bahawa facebook nie bleh mnyebabkan kita ketagih...di snie suka sy berkongsi gn sahabat2 apa yg sy dapat dari blo saifulislam.com...

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

Semoga sahabat2 mendapat manfaat bersama...tp ingat, jangan gunakan facebook ini kejalan yg salah, jika merasakan perlu untuk delete... delete jer...xrugi kn...pada mulanya sy nak delete, tp memandangkan rakan2 lama dari bangku sekolah, di koleg iic, rakan2 sekuliah , rakan2 blogger dan yg mngenali di alam maya, ramai yg memiliki facebook..so..sy meraikan mereka di facebook ja.....semoga ukhuwah kami terjalin hingga ke akhir hayat..salam perjuangan..


Petikan dari blog Saifulislam.com

( http://saifulislam.com/?p=6714 )


readmore »»
Tuesday, December 8, 2009

Facebook untuk bunuh penduduk Palestine



sila klik untuk lebih info

Assalamualaikum..rase macam terpanggil plak untuk berposting, sy baru sahaja terima offline msg dari sahabat ana yang mengatakan facebook merupakan penyumbang terbesar kepada israel untuk memerangai umat islam di palestine.

Sy cuba untuk menyampaikan khabar ini ke "YM", ada yg mngatakan sekiranya kite klik di iklan2 dlm facebook baru dikira penyumbang... dan ada juga yg mnyatakan apabila kita masuk sahaja ke web facebook pun dikira penyumbang...

Bagi pandangan peribadi sy, baik kita tinggalkan perkara yg was2.. betul x?? erm..apa2 pun..terpulangla kepada sahabat2 untuk menentukan..kite sebagai saudara seislam, patut merasa akan kesedihan,keperitan dan kehilangn di atas perlakuan israel terhadap saudara2 seislam kite di palestine..Nak p berperang, kite blom de kemampuan...jadi, dengan cara ini kite dapat membantu dan mnyekat pergerakan israel dlm menghapuskan penduduk palestine...

Facebook juga berjaya menarik minat berbagai golongan untuk menghabiskan masa dgnnya, antaranya kita dpt berkenalan dengan pelbagai orang, bangsa dan negara..terdapat juga game2 yg cukup menarik minat semua org.. pada mula nye sy xminat gk main game dlm facebook, tp jadi minat apabila tengok ramai sahabat2 sy main... lagi2 game Farmvill, syok abisla ble main..huhuh...mybe sampai x ingat dunia kot...uih..mcm lebih plak.ahakh..

Ayuhla sahabat2, sekiranya anda delete... percayalah, sahabat2 tidak kerugian satu sen pon..
sy sudah mendelete, anda bila lagi??

Untuk cerita yg selanjutnya..klik je kt pic akhbar 2...insyaAllah..lebih bermanfaat...


readmore »»
Monday, December 7, 2009

Cuti cuti juga tapi jangan...

SEKARANG musim cuti sekolah. Anak remaja pasti gembira selepas penat belajar, tiba musim merehatkan minda. Kepada yang berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, lebih bermakna meraikan cuti.

Kepada mereka yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pasti sedang bertungkus-lumus dan didoakan mereka melakukan yang terbaik.

Sesetengah ibu bapa mungkin sudah atau sedang merancang untuk memanfaatkan cuti yang panjang. Semoga perancangan digarap terbaik untuk anak-anak. Sebab anak aset paling berharga untuk keluarga, agama dan negara.

Manusia memang perlu didisiplinkan dengan sistem. Islam sendiri adalah satu sistem. Solat ialah satu sistem, puasa, zakat ada sistem tersendiri, apa lagi ibadat haji. Dengan amalan Islam, hidup kita lebih bersistematik.

Pada musim cuti sekolah ini, cuti cuti juga tetapi jangan sampai lupa sistem. Jika ketika bersekolah kita kena bangun awal sebab mahu ke sekolah. Dengan adanya sistem solat, walaupun musim cuti sekolah tetap kena bangun awal.

Janganlah mentang-mentang tidak bersekolah, solat Subuh menjadi Subuh gajah. Yang ini ibu bapa kena pastikan anak-anak bangun bersolat Subuh.

Begitu juga pelajar perempuan, mereka ke sekolah pakai tudung. Tutup aurat bukan kerana disiplin sekolah atau untuk kelihatan cantik menawan atau bersopan atau sebab orang lain memakainya tetapi mereka melakukan demikian disebabkan perintah Allah.

Begitu juga dengan waktu, jangan buang masa, sebab masa adalah kehidupan. Sebenarnya walaupun kita ada masa cuti dan berehat perlu diingat syaitan dan iblis serta konco-konconya tidak pernah berehat atau cuti. Makhluk ini tidak tidur malam, malah misinya tidak akan berhenti sehingga manusia tergoda dengan pujukannya.

Syaitan dari awal lagi mengisytiharkan perang dengan anak Adam untuk menyesatkannya selagi nyawa masih di badan.

Cuti, cuti juga tetapi jangan sampai solat pun bercuti, tutup aurat cuti dan al-Quran pun cuti. Sebenarnya Allah memerintahkan kita mentaati-Nya supaya kita hidup bersistem dan Allah hendak menjanjikan syurga kepada kita.

Syaitan yang tidak pernah cuti itu akan terus menggoda kita supaya sama-sama menemaninya di neraka dan supaya kita hidup tidak berdisiplin.

Apabila tidak mengikuti Islam kita tidak berdisiplin. Apabila tidak berdisiplin akan menjadi seperti Mat Rempit, bukan saja tidak berdisiplin di jalan raya, malah kadangkala mencabar undang-undang, menagih dadah dan apabila sudah tidak takut Tuhan, membujur lalu melintang patah.

Remaja Punk dan Black Metal sanggup makan tulang dan makanan buangan sedangkan yang baik mereka tinggalkan sebab sudah tiada disiplin. Semuanya bermula kerana tidak takut Allah. Apabila tidak takut, tiada disiplin.

Kepada ibu bapa, cuti-cuti juga, program pembangunan iman untuk anak-anak mesti masuk dalam agenda. Bawa anak-anak remaja mengerjakan solat berjemaah di masjid.

Ajak mereka bersama mendengar kuliah yang tidak pernah lekang diadakan di masjid, malah mengaji al-Quran bersama sama ada pada awal pagi atau petang.

Hadiahlah mereka dengan buku-buku dan cerita bermanfaat. Hantar mereka ke kem motivasi untuk peningkatan sahsiah (peribadi), ajak menziarahi rumah anak yatim supaya timbul keinsafan, bawa mereka menziarahi sanak saudara untuk meningkatkan ukhuwah dan filem yang menginsafkan ditonton bersama.

Bagi masjid, rancanglah program yang efektif kepada masyarakat. Wang derma yang dihulurkan jemaah jangan hanya disimpan untuk pembelian cat dan pengindahan masjid semata-mata, tetapi sebaliknya pulangkan wang terbabit kepada jemaah dalam bentuk program dan pembangunan pendidikan.

Melalui program sebegini barulah jemaah berasa berbaloi dan akan menderma lagi, sesuai dengan hasrat negara membangunkan modal insan.

Cuti-cuti juga, beribadat jangan berhenti, taat jangan berkurang, kerja diteruskan, sebab di dunia tempat mencari bekalan. Bercuti dan berehat sebenarnya di syurga yang abadi. Selamat bercuti!

readmore »»

SILATURAHIM adalah sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini. Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu, seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.

Ada banyak kes hari ini menunjukkan silaturahim bukan suatu ikatan yang diutamakan. Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak atau isteri membunuh suami yang curang.

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti. Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 1, yang bermaksud: "Dan takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu."

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah sw.t. Ibu bapa juga orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang amat besar daripada Allah s.w.t sebagai orang yang perlu dihormati kerana bersusah payah menjaga kita sejak dalam kandungan sehingga meningkat dewasa.

Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa. Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pada zaman nabi, ada kisah yang berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya dan dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: "Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?" Ibnu Umar menjawab: "Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya."

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita. Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara.

Allah s.w.t memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga dekat ataupun jauh. Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah An-Nisaa', ayat 36 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya."

Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seorang yang jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatannya." (Riwayat Muslim)."

Silaturahim yang dipupuk dalam diri sendiri membawa kepada ikatan kekeluargaan, seterusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat yang mempunyai banyak kebaikan di dunia dan akhirat.

Pernah diriwayatkan mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah yang dibenci syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya. Selain itu, ia termasuk rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur selain suka memaafkan orang lain dan rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin.

Rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturahim berpanjangan.


Tazkirah Remaja:

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

readmore »»



MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

"Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:




  • Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

  • Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

  • Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

  • Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

  • Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

  • Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

  • Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

  • Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.



  • Petikan dari Ad-Din Metro Online
    Oleh Mohd Fadly Samsudin
    fadly@hmetro.com.my


    readmore »»
    Thursday, November 19, 2009

    TIADA GAGAL DALAM HIDUP


    Assalamualaikum semua…..Wah, lamanye x update blog nie..huhu. Atas permintaan sahabat2, sy cuba cari tajuk yg sesuai utk entri kali ini. Berkenaan dengan kegagalan, semua orang takut berhadapan dalam saat kegagalan dalam hidupnya. Dalam akademik, kita telah mendengar bagaimana ada pelajar yg sanggup menggantungkan dirinya kerana gagal dalam exam. Ketika dulu, berita tentang kemalangan ditaiping, seorang pelajar telah memandu kereta dengan lajunya sehingga merempuh beberapa kenderaan laen kerana kecewa dgn keputusan exam nya.


    Ada yg sanggup meminum racun, terjun dari jambatan, menagih dadah dan arak kerana kecewa dalam percintaan atau gagal dalam perniagaan. Semua ini berlaku kerana tidak memahami apakah yg dikatakan gagal itu.

    Apakah benar apabila kita tidak mencapai matlamat atau sasaran yg telah ditetapkan, maka kita dianggap sebagai seorang yg gagal??? Sebenarnya tidak ! Dalam hidup ini tidak ada kegagalan, yg ada hanyala hasil. Tidak mendapat keputusan yg baik dalam exam bukanlah suatu kegagalan, sebaliknya adalah hasil daripada usaha dan persediaan kita yg tidak cukup mantap.


    Tidak berjaya dalam sebuah percintaan bukanlah suatu kegagalan, tetapi mungkin memang sudah bukan jodoh kita sebab jodoh pertemuan itu ketentuan Tuhan. Tidak menepati matlamat perniagaan bukanlah suatu kegagalan tetapi sebagai bukti bahawa banyak selok-belok perniagaan itu sendiri serta kemahiran-kemahiran yg diperlukan belum diketahui dan dikuasai.


    Mafhum firman Allah SWT :

    “Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan dankalau dia ditimpa kesusahan maka menjadilah dia seorang yg sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)”. Surah Fussilat 41:49


    Ayat di atas jelas menunjukkan betapa manusia itu terlalu mudah berputus asa dari mengharapkan rahmat Allah. Kejayaan bukanlah sesuatu yg mustahil namun ia tidak dating begitu mudah. Semakin besar kejayaan yg diimpikan semakin besar pula pengorbanan yg perlu diberikan. Salah satu pengorbanannya ialah menerima apa sahaja yg ditakdirkan oleh Allah atas usaha yg telah dilakukan. Sebagai seorang Islam kita mesti jelas konsep tawakal dan percaya akan qada dan qadar yg telah ditentukan Allah.


    Manusia berjaya kerana mereka mampu membuat keputusan yg bijaksana yg membawa kebaikan dan keuntungan kepada mereka. Keputusan yg bijaksana ini lazimnya datang daripada banyaknya pengalaman.

    Pengalaman pula diraih hasil daripada keberanian untuk bersungguh-sungguh mencuba dan melakukan sesuatu pekerjaan.


    Dalam cubaan yg dilakukan ini kita mesti sanggup berhadapan dengan hasil yg tidak seperti dijangkakan, yg bagi orang ramai ditafsirkan sebagai kegagalan. Sebab itu, jutawan Jepun yg menjadi pengasas syarikat Handa berkata bahawa manusia memperkatakan tentang kejayaannya yg merupakan hanya 10 peratus sahaja dari pengalamannya dan mereka tidak memperkatakan tentang kegagalan yg telah membentuk 90 peratus hidupnya dan menjadi penyumbang kepada kejayaannya hari ini.


    Berikut adalah fakta penting yang perlu anda ketahui di sebalik kegagalan:-

    1. Tiada gagal dalam hidup, yang ada adalah hasil.

    2. Kegagalan mengajar kita untuk lebih bijak.

    3. Kegagalan membentuk peribadi kita.

    4. Kegagalan adalah lumrah.

    5. Kegagalan mempunyai hikmah tersendiri.


    Allah menjadikan semuanya berpasang-pasangan. Ada siang ada malam, ada lelaki ada perempuan, ada tidur ada jaga, ada hidup ada mati dan ada buruk ada baiknya. Oleh itu, jangan sesekali kita lihat kegagalan itu hanya dari sudut buruknya tetapi lihatlah juga dari segi baiknya. Mulai hari ini setiap kali kita gagal memperolehi hasil seperti yg dikehendaki maka tanyalah diri kita persoalan ini:


    “Apakah hikmah di sebalik kegagalan ini??”


    “Apa yang boleh aku pelajari dari peristiwa ini??”


    Ada ketikanya kegagalan itu sendiri sebenarnya ujian untuk meningkatkan keimanan kita. Manusia apabila tidak ditimpa kesusahan akan mudah lupa Allah, sebaliknya apabila ditimpa musibah maka ingatlah dia Yang Maha Penciptanya. Kegagalan itu tanda Allah sayangkan kita agar tidak lalai dan tidak lupa kepada-Nya.



    readmore »»
    Saturday, September 26, 2009

    KEMBARA SYAWAL DI PERANTAUAN

    Erm,pe macam posing? ok x? huhu..
    Time nie raya pertama, baru lepas ziarah makam para auliya' di mesir.



    Alahai..menungkan apa kawan2 aku nie... sure kes xdapat balik beraya kt malaysia..hihihi
    jangan sedih, beraya kt sini pun best jgk...still meriah tau..

    Kembara Raya KL (kLk) mengambil peluang menziarahi makam IMAM SHAFIE.

    BIODATA IMAM SHAFIE

    Nama penuh: Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.

    Nasab keturunan dengan Nabi Muhammad S.A.W: melalui datuk baginda Abdu Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib. Hubungan nasab ini diakui jumhur ulamak.

    Lahir: Tahun 150 H di Ghazzah, Palestin.

    Kehidupan: Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafie kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makkah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.

    Ketika Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Imam Syafie juga menguasai ilmu bahasa Arab fushah. Di usia mudanya, beliau menuntut ilmu dari ramai fuqaha' di Makkah sehinggakan beliau diminta untuk memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah agama.

    Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah di ceritakan bahawa setiap malam beliau membaHAgi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

    Imam Syafie kerap berhijrah ke luar negara untuk mengutip mutiara ilmu dari ramai ulamak yang tersohor pada masa itu. Beliau pergi ke Madinah Al Munawwarah untuk berjumpa dengan Imam Malik dan tinggal bersamanya sehingga ke penghujung hayat Imam Malik. Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 H.

    Setelah itu Imam Syafie menyibukkan diri dengan ilmu agama dan beliau bertugas di Yaman. Ketika beliau di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Oleh kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

    Imam Syafie masuk ke Baghdad sebanyak 3 kali. Kali pertama pada tahun 183 H ataupun sebelum Khilafah Harun Ar Rashid. kali kedua pada tahun 195 H dan tinggal di Baghdad selama 2 tahun. Kali ketiga pada tahun 198 H.

    Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu Khalifah Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, kerana golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Justru, di mana sahaja kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

    Satu kali datang surat khalifah dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya. Jika urusan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap kerana di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa beliau termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

    Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

    Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan seorang demi seorang masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa soalan, mereka dibunuh dengan dipenggal leher tahanan tersebut. Agar darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berselerak ia dialas dengan kulit binatang.

    Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, memohon dari Allah SWT. Beliau dipanggil ke hadapan khalifah. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap khalifah. Semua para pembesar memerhatikan beliau.


    “Assalamualaika, ya Amir al-Mukminin wabarakatuh.”
    Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

    “Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

    Imam Syafie menjawab: “Saya tidak mengucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

    “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

    Setelah membaca ayat di atas, Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang Tuanku telah menjadi khalifah, jawapan salam Tuanku tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”


    “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan Tuanku dengan baik bila saya masih dirantai begini. Jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

    Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah al-Hujarat ayat 6:

    “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”


    “Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada Tuanku itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan Tuankulah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana Tuanku adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

    Baginda Harun ar Rasyid menundukkan kepalanya. Ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

    Beliau menjadi masyhur di kalangan umat Islam pada ketika itu. Setelah itu beliau berhijrah ke Mesir. Imam Syafie keluar masuk Mesir terlalu kerap sehinggakan tidak diketahui berapa kali.

    Sehingga pada tahun 199 H Imam Syafie masuk semula ke Mesir dan meninggal dunia di Mesir pada malam Jumaat yang penuh barakah. Beliau dikebumikan selepas Asar pada hari Jumaat bertarikh 29 Rejab 204 H bersamaan 19 Januari 820 M.






    Bersama-sama ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan di Mesir,. sikit je yang ada, ramai yang balik bercuti di Malaysia.


    Kenangan bersama, selepas menjamu juadah hari raya pada 1 syawal..semoga ukhuwah berpanjangan selamanya..

    (Ucapan dari Vanilla ice.. )

    Assalamualaikum w.b.t..
    Bulan Syawal memberi seribu kebahagiaan pada saya . Banyak kenangan saya perolehi di mesir yang sangat manis untuk saya bawa balik ke Malaysia andai saya berjaya dalam perjuangan saya disini.

    Hari ini merupakan hari ke 8 kita berada di bulan Syawal. Maka marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dengan penuh keikhlasan serta melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman. Sesungguhnya takwa mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah s.w.t

    Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...buat yg mngenali diri ini..terutama kepada fmly saya....ibu dan ayah...maafkan talha jika de salah dan silap selama ini, halalkan makan dan minum.

    Seterusnya
    kepada saudara mara, Guru-guru dari sek tadika , Sek rendah dan akhirnya Maahad Al-Tarbiah Al-islamiah batu 8 taiping yg telah banyak mendidik sy sehingga ke hari ini.."Selamat hari Raya maaf Zahir & Batin"..

    Tidak dilupakan juga kepada kawan2 sepejuangan dibumi mesir terutamanye ahli bait (us.amin,us.kadir,us.amir) ,mantan ahli bait(us.osman,rushdi,us.ehsan), mmbe bilik 202 imarah kL,mmbe sekuliah bahasa arab dan usuluddin di mansurah, mmbe2 Badan Kebajikan Anak Wilayah (BKAWM), mmbe2 Keluarge Pelajar2 Islam Perak Mesir(KPIPM) dan seluruh anak malaysia di mesir yang mngenali dan tidak dilupakan juga sahabat2 seperjuangan dimalaysia , seterusnya smua yang mngenali diri ini.

    Saya mohon kemaafan sekiranya de salah dan silap selama terjalinnyer ukhuwah persahabat kite selama ini, diharapkan ukhuwah yg terbina berkekalan hingga ke akhir hayat...

    "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"
    MAAF ZAHIR BATIN..



    readmore »»

    hihihi...menarik x kami posing?? nie time ondaway nk ke Matruh siwa...letih betul, dekat 5 jam perjalanan..

    Erm...time nie aku p mkn sea food gn ahli bait, dapur umh kami xberasap..so skali skala mkn kt luar..seronok gk..hihih

    Wah...Seronok yer...time nie team aku menang sukanika gn volleyball..Hari Keluarga Mansurah (SULAM 08)

    Wah...cute x?? my Team Volleyball time sek dulu...nie sblom nk lawan gn team sek cina n MRSM..

    My Team..warge Wilayah Persekutuan dimesir..time nie kt stadium zaqoziq..nk tau ke team kami dpt tempt ke berapa??..biarla Rahsia...hihihi

    Malaysia Team Volleyball...time nie kt stadium ARMA...festivel Asean...time nie lawan gn Thailand n kemboja..bersama rakan2 dari Negeri 9.

    My fmly...waduh...rindu seh gn fmly di malaysia...Semoga semua sihat2 belaka...Love U all..

    haaa...nie bakal sbenar, baru lepas siat2 kulit muke kambing nie...huhu..sian die..de sape2 yg berminat nk disiat kulit mukenyer , call me..hihihi

    hihihi...unte yg baru saje ditumbangkn...Raye korban bersama Student perak Mesir..

    klik please for help me...

    Ketenangan