Segala kemudahan teknologi harus digunakan untuk kebaikan manusia dan bukan sebaliknya.

Komunikasi adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Manusia mula berkomunikasi sejak lahir sehingga mereka menemui Tuhan. Komunikasi bertujuan untuk menyampaikan sesuatu pandangan dan buah fikiran, meluahkan perasaan dan pendapat serta berkongsi permasalahan dan menyelesaikan masalah. Manusia akan selalu berkomunikasi, tetapi cara dan kaedah berkomunikasi sentiasa berubah.

Daripada menggunakan komunikasi menggunakan pena, kini menggunakan komputer, daripada perhubungan dengan surat kini menggunakan kecanggihan emel dan internet, dan telefon malahan sidang video dan audio digunakan untuk bermesyuarat dan juga sebagai salah satu medium pengajaran.

Semua ini tidak kita bayangkan dahulu, tetapi mahu tidak mahu, cara hidup ini sudah banyak mempengaruhi cara manusia berfikir, bekerja dan menjalani kehidupan. Proses komunikasi ini berubah pantas, seiring dengan ledakan teknologi dan maklumat.

Ibarat Isi dengan kuku :

Masyarakat kebanyakan hari ini banyak bergantung kepada sistem komunikasi elektronik dan digital untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan terhadap sesuatu yang mereka ingin tahu.

Remaja dan golongan muda adalah kelompok yang sangat rapat dengan teknologi ini. Sangat jarang kita melihat remaja tanpa telefon bimbit dan Internet masa kini.

Daripada pandangan Islam, apa pun asas perlakuan dan pekerjaan adalah mendapatkan adalah untuk mendapat keredaan Allah dan memperolehi pengetahuan yang membawa kepada mengenal kebesaran Allah.

Justeru, teknologi komunikasi digital yang dibangunkan seharusnya membawa kita bukan sahaja untuk merapatkan perhubungan sesama manusia tetapi juga mendekatkan diri kepada Allah.

Teknologi dan komunikasi digital membawa banyak kebaikan kepada umat Islam seluruhnya. Ia merapatkan silaturrahim sesama Islam, di mana seorang anak boleh berhubung dengan kedua ibu bapanya dengan telefon dan sidang video 3G, pekerja dan ketua bertukar dokumen melalui emel, rakan berutus khabar melalui chatting dan daripada laman blog peribadi mereka, serta rakyat mendapat maklumat daripada pemimpin mereka daripada siaran televisyen, radio dan Internet.

Dalam masa yang sama kita mengagumi teknologi komunikasi ini, kita tidak usah lupa bahawa teknologi ini menjadikan manusia kadangkala lupa akan tanggungjawab untuk menggunakannya ke jalan yang benar dan baik.

Komunikasi digital telah merapatkan jarak yang jauh menjadi dekat. Tetapi adakah manusia menjadi lebih ihsan, teliti dan bertanggungjawab? Ramai yang memanfaatkan teknologi ini untuk tujuan yang baik, namun begitu tidak kurang juga yang menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk tujuan yang salah dan kurang baik.

Maklumat yang tidak benar dan tidak sahih disebarkan dengan pantas melalui blog, sistem pesanan ringkas dan juga emel, lalu menjadi fitnah. Justeru, remaja harus faham bahawa teknologi adalah selamanya alat dan bukan matlamat, serta manusia harus tahu untuk memanfaatkannya ke jalan yang hak dan benar.

Perkembangan teknologi komunikasi digital juga telah membawa kepada teknik pengajaran dan kaedah mengajar kepada guru-guru dan pensyarah. Banyak maklumat dan pengetahuan dapat dikongsikan bersama, bukan sahaja terbatas kepada pelajar dan orang di sekililing mereka, tetapi juga kepada orang ramai seluruh dunia.

Idea dan pengalaman boleh dikongsi bersama malah masalah juga boleh diselesaikan secara kolektif hanya melalui cadangan di dalam blog, forum Internet dan sebagainya. Pengajaran dan tutorial dalam talian banyak membantu pelajar dalam menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi dalam pelajaran.

Pun begitu, banyak juga pelajar yang meniru dan memplagiat hasil kerja orang lain tanpa meminta kebenaran tuannya serta menjadikan hasil kerja mereka sebagai karya mereka sendiri.

Di sini terletaknya kebijaksanaan seseorang dalam meneliti karya orang lain dan pentingnya nilai etika diajar dalam mengadaptasikan idea orang lain ke dalam hasil kerjanya. Ini amat penting diajar kerana kesannya nanti akan terbawa-bawa dalam alam pekerjaan dan harus diajar terutama sekali kepada pelajar di universiti.

Sebagai contoh, Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mewajibkan satu subjek Etika Kejuruteraan Islam (Islamic Engineering Ethics) sebagai panduan kepada graduan kejuruteraan agar dapat mengaplikasikan nilai etika yang tinggi, jujur dan amanah apabila berkhidmat dengan masyarakat.

Kepantasan dan kredibiliti teknologi ini telah mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan bahan dan juga dokumen yang secara tidak langsung membawa kepada pengurangan penggunaan kertas dan menyelamatkan alam sekitar.

Ia juga membawa banyak keuntungan dalam industri perbankan dan perniagaan, kesihatan dan juga dalam menghebahkan pengumuman penting kepada umum. Amat malang apabila ada yang menyalah gunakannya sebagai cara untuk menipu orang ramai dengan perniagaan skim cepat kaya, mencipta virus yang merosakkan sesuatu perisian malah juga menceroboh serta memusnahkan pangkalan data dan maklumat orang lain.

Teknologi komunikasi digital juga telah membawa kesan yang sangat besar kepada perkembangan dakwah Islam. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa para pendakwah dan ulama tidak harus mengenepikan teknologi ini sebagai medan untuk mereka berdakwah kerana ia mempunyai impak yang besar terhadap penggunanya.

Apatah lagi dengan lambakan maklumat yang salah mengenai Islam serta cabaran daripada laman-laman yang menyiarkan bahan-bahan yang melalaikan serta kurang elok, maka teknologi ini harus digunapakai dengan sebaik-baiknya agar golongan remaja dan muda-mudi tidak terkeliru dengan maklumat yang salah mengenai Islam.

Emel dan peringatan boleh disampaikan dengan mudah hanya dengan satu klik papa komputer atau telefon. Malah dengan kecanggihan teknologi komunikasi, pengguna juga boleh mengetahui waktu solat dengan tercipatanya perisian yang boleh digunakan dalam telefon dan komputer.

Program seperti drama dan iklan yang berunsurkan dakwah Islam boleh disiarkan di televisyen, radio dan internet untuk meningkatkan kefahaman terhadap Islam bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada golongan bukan Islam.

Kesimpulan :

Kita tidak akan tahu bagaimana manusia berkomunikasi di masa hadapan, tetapi apa yang pasti ialah prosesnya akan menjadi lebih mudah dan pantas daripada yang kita bayangkan hari ini.

Seorang individu Muslim terutamanya remaja harus berusaha untuk meningkatkan kefahaman terhadap teknologi ini agar tidak ketinggalan dalam cabaran teknologi dan maklumat kini.

Pun begitu, remaja Islam harus diimbangi dengan rasa tanggungjawab dan etika yang tinggi dalam menggunakan teknologi ini. Kecanggihan komunikasi tidak akan bermakna sekiranya tidak disertai dengan rasa tanggungjawab dan amanah terhadap bahan yang ingin dikongsi.

Sekiranya penggunanya adalah orang yang bertanggungjawab dan amanah, maka matlamatnya akan dikemudi ke arah dan tujuan yang baik. Tetapi sekiranya kecanggihan teknologi ini digunakan untuk memudaratkan dan merosakkan nama sendiri dan orang lain, maka banyaklah kerosakan yang akan berlaku.

Justeru amat penting bagi seorang Muslim untuk mengguna pakai teknologi ini ke arah yang sebaik-baiknya.


Petikan dari Utusan Online.

(Bicara Agama)

0 comments:

Post a Comment


hihihi...menarik x kami posing?? nie time ondaway nk ke Matruh siwa...letih betul, dekat 5 jam perjalanan..

Erm...time nie aku p mkn sea food gn ahli bait, dapur umh kami xberasap..so skali skala mkn kt luar..seronok gk..hihih

Wah...Seronok yer...time nie team aku menang sukanika gn volleyball..Hari Keluarga Mansurah (SULAM 08)

Wah...cute x?? my Team Volleyball time sek dulu...nie sblom nk lawan gn team sek cina n MRSM..

My Team..warge Wilayah Persekutuan dimesir..time nie kt stadium zaqoziq..nk tau ke team kami dpt tempt ke berapa??..biarla Rahsia...hihihi

Malaysia Team Volleyball...time nie kt stadium ARMA...festivel Asean...time nie lawan gn Thailand n kemboja..bersama rakan2 dari Negeri 9.

My fmly...waduh...rindu seh gn fmly di malaysia...Semoga semua sihat2 belaka...Love U all..

haaa...nie bakal sbenar, baru lepas siat2 kulit muke kambing nie...huhu..sian die..de sape2 yg berminat nk disiat kulit mukenyer , call me..hihihi

hihihi...unte yg baru saje ditumbangkn...Raye korban bersama Student perak Mesir..

klik please for help me...

Ketenangan