Islam menuntut individu bersikap positif, amanah capai indeks prestasi terbaik

KEUNGGULAN etika kerja Islam ialah meletakkan keredaan Allah SWT sebagai perkara utama. Segala bahan dan sumber dimanfaatkan untuk mencapai matlamat kesejahteraan ummah dalam usaha mendapatkan keredaan Allah SWT.

Di samping itu, konsep kerja Islam memberi penekanan pentingnya meningkatkan kekuatan diri termasuk menimba pengetahuan serta kemahiran yang memberi keyakinan seseorang melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Bagi memastikan kerja dilakukan berjalan dengan teratur dan lancar, seseorang pekerja hendaklah mempunyai sikap dan penilaian positif memenuhi amanah. Sudah tiba masanya setiap pekerja memantau sendiri indeks pencapaian prestasi masing-masing.

Pada masa sama, tujuan utama bekerja juga perlu jelas kerana itu akan menentukan apakah rezeki diterima untuk diri serta keluarga daripada sumber yang halal dan apakah sumbangan dibuat menepati apa diharapkan.

Namun, tujuan utama bekerja bukanlah semata-mata mendapatkan keuntungan berbentuk material saja, yang lebih penting adalah memenuhi tuntutan atau tanggungjawab moral dan agama yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sesungguhnya Allah SWT sudah menyediakan semua keperluan manusia untuk hidup di muka bumi ini. Oleh itu, manusia seharusnya mencari, mengusahakan dan menggunakan sumber itu supaya dapat dimanfaatkan dengan cara bersungguh-sungguh.

Segala usaha dilakukan dengan penuh amanah, bertanggungjawab, berdisiplin dan sebagainya termasuk dalam lingkungan ibadah dituntut Allah SWT. Segala tanggungjawab dan amanah yang ditunaikan dengan baik dicatatkan sebagai amal kebajikan dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, (sama ada) lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan berikan balasan pahala kepada mereka yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Nahl, ayat 97)

Perkara ini juga disebut Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghabiskan waktu petangnya dalam (keadaan) keletihan akibat daripada bekerja yang dijalankan oleh tangannya sendiri, maka ia diberi keampunan." (Hadis riwayat al-Tabrani dan al-Baihaqi)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Jika salah seorang di antara kamu mengambil talinya (keluar mencari kayu), kemudian dia memikul seberkas kayu api di atas belakangnya, lalu dijualnya, maka dengan itu Allah memeliharakan air mukanya adalah lebih baik daripada ia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau tidak." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Jelaslah bekerja adalah sesuatu yang sangat dituntut dan mempunyai kedudukan tinggi di sisi Islam berbanding sikap suka meminta-minta kerana keadaan itu bukan saja membuat orang lain tidak selesa tetapi boleh menimbulkan kemarahan apabila yang datang adalah seorang mempunyai kudrat untuk melakukan pekerjaan.

Sikap menganggap pekerjaan atau tugas dilakukan sebagai rutin harian dibuat secara spontan setiap hari juga perlu dielakkan. Setiap pekerjaan perlu kepada perancangan, etika, peningkatan mutu supaya yang bekerja melaksanakan amanah dan hasilnya memberi manfaat kepada semua.

Apabila hilang rasa tanggungjawab atau tugas hanya sebagai memenuhi tuntutan ditetapkan, itu dilihat ada pekerja melakukan kerja sambil lewa. Dia tidak memikirkan apakah yang dilakukan itu memberi kesan diharapkan atau tidak.

Perasaan bertanggungjawab akan mendorong seseorang itu melakukan yang terbaik dalam setiap tugas diamanahkan. Jika perasaan itu ada pasti hasilnya mengagumkan dan tiada lagi rungutan diterima kerana kerja sudah dilakukan sebaik yang mungkin.

Menurut al-Qardhawi, kerja memberi maksud daya usaha yang dilakukan oleh manusia dalam keadaan sedar, sama ada secara bersendirian atau bersama orang lain untuk menghasilkan suatu barangan atau perkhidmatan.

Bekerja dapat diertikan sebagai menjalankan tugas serta tanggungjawab sama ada di pejabat, kilang, sekolah, hospital, pasar dengan niat memperoleh pendapatan dan mencari keredaan Allah SWT. Ia juga memenuhi keperluan manusia hidup di dunia ini.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya. Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan memerintahkan kamu supaya memakmurkannya." (Surah Hud, ayat 61)

Justeru, dalam kita melaksanakan tanggungjawab memakmurkan bumi ini semua pekerja jangan lupa menjaga hak pihak lain. Jangan nanti kerana memenuhi keperluan atau tuntutan kerja, ada yang sanggup mengambil hak orang lain.

Petikan Berita Harian Online.

0 comments:

Post a Comment


hihihi...menarik x kami posing?? nie time ondaway nk ke Matruh siwa...letih betul, dekat 5 jam perjalanan..

Erm...time nie aku p mkn sea food gn ahli bait, dapur umh kami xberasap..so skali skala mkn kt luar..seronok gk..hihih

Wah...Seronok yer...time nie team aku menang sukanika gn volleyball..Hari Keluarga Mansurah (SULAM 08)

Wah...cute x?? my Team Volleyball time sek dulu...nie sblom nk lawan gn team sek cina n MRSM..

My Team..warge Wilayah Persekutuan dimesir..time nie kt stadium zaqoziq..nk tau ke team kami dpt tempt ke berapa??..biarla Rahsia...hihihi

Malaysia Team Volleyball...time nie kt stadium ARMA...festivel Asean...time nie lawan gn Thailand n kemboja..bersama rakan2 dari Negeri 9.

My fmly...waduh...rindu seh gn fmly di malaysia...Semoga semua sihat2 belaka...Love U all..

haaa...nie bakal sbenar, baru lepas siat2 kulit muke kambing nie...huhu..sian die..de sape2 yg berminat nk disiat kulit mukenyer , call me..hihihi

hihihi...unte yg baru saje ditumbangkn...Raye korban bersama Student perak Mesir..

klik please for help me...

Ketenangan