Persembahan bunga api ketika majlis perasmian..
Perasmian Pembukaan dengan pengibaran bendera malaysia gergasi di bangunan selangor


Pelbagai persembahan diadakan pada hari tersebut..
Sebagaimana kebiasaannya, pada tanggal 31 Ogos setiap tahun rakyat Malaysia tidak kira dimana sahaja berada pasti akan menyambut hari kemerdekaan negara yang tercinta. Justeru selaku mahasiswa/ wi Al-Azhar yang juga merupakan rakyat Malaysia turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut hari yang penuh gilang gemilang ini setiap tahun bagi memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang Islam yang telah menumpahkan darah demi mendaulatkan negara dari terus dicengkam oleh penjajah.
Oleh itu, nikmat kemerdekaan ini haruslah disyukuri dan dihayati oleh generasi yang akan mewarisi amanah kepimpinan negara. Maka, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang merupakan persatuan induk yang menaungi mahasiswa/wi Malaysia akan menganjurkan program Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (EGP 09) sebagai penghayatan erti kemerdekaan di kalangan mahasiswa/wi. Pihak PMRAM juga berharap melalui program EGP 09 ini dapat menarik ahlinya menghayati Islam secara syumul dan global. Secara tidak langsung melahirkan generasi ulama yang bakal mengisi kemerdekaan negara Malaysia.Expo Gempak PMRAM 2009 kali ini mengadakan pelbagai pertandingan yang menarik , antaranya ialah.. Maklumat lanjut sila layari http://egp-pmram.blogspot.com.




















































0 comments:
Post a Comment