Sunday, April 26, 2009

Amalkan budaya nasihat


Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.


JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. - Gambar hiasan

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.


Petikan Kosmo Online.


readmore »»
Saturday, April 25, 2009

Yahudi guna 5F untuk hancurkan Islam



Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.

Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu sembahyang atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah orang-orang. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.

Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud :*Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.*

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, orang-orang Islam juga turut masuk neraka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad.

F pertama ialah filem :



Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti Akhirat, Gubra, Mukhsin,Sepet, Anak Halal, KL Menjerit dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.


F pertama ialah famili :



Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut dengan sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

F ketiga ialah fesyen :

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F keempat ialah fun

F kelima ialah food :



Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.


Petikan dari Harakah Daily.net

readmore »»
Thursday, April 23, 2009

Kenangan Manisku Di MTi..


Comot bukan sebarang comot, comot2 kitorg berisi tau..hihihi


Wah..Mantapnyer dia spike..!!...Agak-agak sape ea??

Haa....kenalkan, inilah team bola tampar sekolah saya...time ini saya form 6, kenangan yang tidak dapat saya lupakan, kami telah Merangkul Naik Johan dalam kejohanan bola tampar sekolah-sekolah peringkat daerah Larut Matang dan Selama, serta Naik Johan dalam kejohanan sukan sekolah-sekolah agama perak. Sekaligus telah membuatkan sekolah-sekolah yang digelar "sekular" ketika itu mengeruni kami, dengar je nama MTi (Maahad Tarbiah Islamiah) Orang tepuk dahi...ada yang saya dengar budak cina cakap.."aiyaa..itu sekolah agama cgt kuat wooo...Permain jersi no 1 manyak terer spike..."sape ye jersi no 1 ketika itu...? tak silap saya nama dia... Wan Mohd Talha Bin Wan Salahuldin hihihi..(poyo jer). ;-p
Hasil daripada kejayaan itu, sebahagian permain MTi terpilih utuk mewakili daerah ke peringkat negeri perak. Serta 2 permain MTi juga (saya dan Budin) dipilih mewakili Perak untuk ke peringkat kebangsaan bagi Kejohanan Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan di Terengganu(2005) dan Pulau Pinang (2006).

Inilah Ustaz saya, merangkap jurulatih bola tampar saya..hebat orgnyer..

Apa-apa pun kami bersyukur sebab mendapat pengiktirafan sebegitu rupa..sekurang-kurangnya diorang tak pandang kami sebelah mata..saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Zainudin bin Anas selaku guru dan jurulatih saya yang banyak membantu serta memberi tunjuk ajar sepanjang pengajian saya disekolah MTi..

Tenaga Pengajar
(Maahad Al-Tarbiah Al-islamiah Batu 8 Taiping Perak)

Tidak dilupakan juga jasa guru-guru lain seperti us.Haji Salleh (pegasas MTi), us.Hatta (pengetua MTi), us.zakwan (Guru kelas STAM), us.Mad isa, us.Zafrullah,us.Junaidi, us.Awang, us.Mohd, us.Daud, us.ibrahim, us.Zolkifli, us.Radin Mahmud, us.Mat Salleh(warden Asrama), us.Kadir, us.Ali, us.Rahim, us.Ramli, us.Said,us.hanifah, us.Azlan, us.MadNoor, us.Aznam,us.Sirhan, us.Adnan(Guru kadet Bomba),serta ustzh.che wa, ustzh.Norehan,ustzh,Dahlia, Ustzh Nuzaimah, ustzh Shatirah, ustzh.sapiah seterusnya ustazah-ustazah yang pernah mengajar saya, ampunkan segala silap dan salah yang berlaku pada tahun 2006 dan sebelum-sebelumnya jika ada, kenangan di MTI tidak dapat saya lupakan,segala jasamu tidak dapat saya balas, akan saya kenang sampai bila-bila selagi nyawa dikandung badan insyaAllah..saya sentiasa mendoakan semoga dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur, mungkin suatu hari nanti, kita akan berjumpa lagi...doakan kejayaan kami diperantauan..

Talha
02.09 Pagi Mesir

readmore »»





Walaupun berkali-kali menghantar penyertaan, sekali pon tidak berpeluang untuk mengucup pingat kejuaraan...pencapaian hanya lepas ke peringkat suku akhir, itu pun bersyukurlah Alhamdulillah, daripada dijadikan team belasahan..hihihi...tapi kami tetap akan berjuang untuk pencapaian yang lebih tinggi ..insyaAllah..Kami akan cuba lagi dikejohanan yang lain..doakan kejayaan kami....

readmore »»


Segala kemudahan teknologi harus digunakan untuk kebaikan manusia dan bukan sebaliknya.

Komunikasi adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Manusia mula berkomunikasi sejak lahir sehingga mereka menemui Tuhan. Komunikasi bertujuan untuk menyampaikan sesuatu pandangan dan buah fikiran, meluahkan perasaan dan pendapat serta berkongsi permasalahan dan menyelesaikan masalah. Manusia akan selalu berkomunikasi, tetapi cara dan kaedah berkomunikasi sentiasa berubah.

Daripada menggunakan komunikasi menggunakan pena, kini menggunakan komputer, daripada perhubungan dengan surat kini menggunakan kecanggihan emel dan internet, dan telefon malahan sidang video dan audio digunakan untuk bermesyuarat dan juga sebagai salah satu medium pengajaran.

Semua ini tidak kita bayangkan dahulu, tetapi mahu tidak mahu, cara hidup ini sudah banyak mempengaruhi cara manusia berfikir, bekerja dan menjalani kehidupan. Proses komunikasi ini berubah pantas, seiring dengan ledakan teknologi dan maklumat.

Ibarat Isi dengan kuku :

Masyarakat kebanyakan hari ini banyak bergantung kepada sistem komunikasi elektronik dan digital untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan terhadap sesuatu yang mereka ingin tahu.

Remaja dan golongan muda adalah kelompok yang sangat rapat dengan teknologi ini. Sangat jarang kita melihat remaja tanpa telefon bimbit dan Internet masa kini.

Daripada pandangan Islam, apa pun asas perlakuan dan pekerjaan adalah mendapatkan adalah untuk mendapat keredaan Allah dan memperolehi pengetahuan yang membawa kepada mengenal kebesaran Allah.

Justeru, teknologi komunikasi digital yang dibangunkan seharusnya membawa kita bukan sahaja untuk merapatkan perhubungan sesama manusia tetapi juga mendekatkan diri kepada Allah.

Teknologi dan komunikasi digital membawa banyak kebaikan kepada umat Islam seluruhnya. Ia merapatkan silaturrahim sesama Islam, di mana seorang anak boleh berhubung dengan kedua ibu bapanya dengan telefon dan sidang video 3G, pekerja dan ketua bertukar dokumen melalui emel, rakan berutus khabar melalui chatting dan daripada laman blog peribadi mereka, serta rakyat mendapat maklumat daripada pemimpin mereka daripada siaran televisyen, radio dan Internet.

Dalam masa yang sama kita mengagumi teknologi komunikasi ini, kita tidak usah lupa bahawa teknologi ini menjadikan manusia kadangkala lupa akan tanggungjawab untuk menggunakannya ke jalan yang benar dan baik.

Komunikasi digital telah merapatkan jarak yang jauh menjadi dekat. Tetapi adakah manusia menjadi lebih ihsan, teliti dan bertanggungjawab? Ramai yang memanfaatkan teknologi ini untuk tujuan yang baik, namun begitu tidak kurang juga yang menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk tujuan yang salah dan kurang baik.

Maklumat yang tidak benar dan tidak sahih disebarkan dengan pantas melalui blog, sistem pesanan ringkas dan juga emel, lalu menjadi fitnah. Justeru, remaja harus faham bahawa teknologi adalah selamanya alat dan bukan matlamat, serta manusia harus tahu untuk memanfaatkannya ke jalan yang hak dan benar.

Perkembangan teknologi komunikasi digital juga telah membawa kepada teknik pengajaran dan kaedah mengajar kepada guru-guru dan pensyarah. Banyak maklumat dan pengetahuan dapat dikongsikan bersama, bukan sahaja terbatas kepada pelajar dan orang di sekililing mereka, tetapi juga kepada orang ramai seluruh dunia.

Idea dan pengalaman boleh dikongsi bersama malah masalah juga boleh diselesaikan secara kolektif hanya melalui cadangan di dalam blog, forum Internet dan sebagainya. Pengajaran dan tutorial dalam talian banyak membantu pelajar dalam menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi dalam pelajaran.

Pun begitu, banyak juga pelajar yang meniru dan memplagiat hasil kerja orang lain tanpa meminta kebenaran tuannya serta menjadikan hasil kerja mereka sebagai karya mereka sendiri.

Di sini terletaknya kebijaksanaan seseorang dalam meneliti karya orang lain dan pentingnya nilai etika diajar dalam mengadaptasikan idea orang lain ke dalam hasil kerjanya. Ini amat penting diajar kerana kesannya nanti akan terbawa-bawa dalam alam pekerjaan dan harus diajar terutama sekali kepada pelajar di universiti.

Sebagai contoh, Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mewajibkan satu subjek Etika Kejuruteraan Islam (Islamic Engineering Ethics) sebagai panduan kepada graduan kejuruteraan agar dapat mengaplikasikan nilai etika yang tinggi, jujur dan amanah apabila berkhidmat dengan masyarakat.

Kepantasan dan kredibiliti teknologi ini telah mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan bahan dan juga dokumen yang secara tidak langsung membawa kepada pengurangan penggunaan kertas dan menyelamatkan alam sekitar.

Ia juga membawa banyak keuntungan dalam industri perbankan dan perniagaan, kesihatan dan juga dalam menghebahkan pengumuman penting kepada umum. Amat malang apabila ada yang menyalah gunakannya sebagai cara untuk menipu orang ramai dengan perniagaan skim cepat kaya, mencipta virus yang merosakkan sesuatu perisian malah juga menceroboh serta memusnahkan pangkalan data dan maklumat orang lain.

Teknologi komunikasi digital juga telah membawa kesan yang sangat besar kepada perkembangan dakwah Islam. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa para pendakwah dan ulama tidak harus mengenepikan teknologi ini sebagai medan untuk mereka berdakwah kerana ia mempunyai impak yang besar terhadap penggunanya.

Apatah lagi dengan lambakan maklumat yang salah mengenai Islam serta cabaran daripada laman-laman yang menyiarkan bahan-bahan yang melalaikan serta kurang elok, maka teknologi ini harus digunapakai dengan sebaik-baiknya agar golongan remaja dan muda-mudi tidak terkeliru dengan maklumat yang salah mengenai Islam.

Emel dan peringatan boleh disampaikan dengan mudah hanya dengan satu klik papa komputer atau telefon. Malah dengan kecanggihan teknologi komunikasi, pengguna juga boleh mengetahui waktu solat dengan tercipatanya perisian yang boleh digunakan dalam telefon dan komputer.

Program seperti drama dan iklan yang berunsurkan dakwah Islam boleh disiarkan di televisyen, radio dan internet untuk meningkatkan kefahaman terhadap Islam bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada golongan bukan Islam.

Kesimpulan :

Kita tidak akan tahu bagaimana manusia berkomunikasi di masa hadapan, tetapi apa yang pasti ialah prosesnya akan menjadi lebih mudah dan pantas daripada yang kita bayangkan hari ini.

Seorang individu Muslim terutamanya remaja harus berusaha untuk meningkatkan kefahaman terhadap teknologi ini agar tidak ketinggalan dalam cabaran teknologi dan maklumat kini.

Pun begitu, remaja Islam harus diimbangi dengan rasa tanggungjawab dan etika yang tinggi dalam menggunakan teknologi ini. Kecanggihan komunikasi tidak akan bermakna sekiranya tidak disertai dengan rasa tanggungjawab dan amanah terhadap bahan yang ingin dikongsi.

Sekiranya penggunanya adalah orang yang bertanggungjawab dan amanah, maka matlamatnya akan dikemudi ke arah dan tujuan yang baik. Tetapi sekiranya kecanggihan teknologi ini digunakan untuk memudaratkan dan merosakkan nama sendiri dan orang lain, maka banyaklah kerosakan yang akan berlaku.

Justeru amat penting bagi seorang Muslim untuk mengguna pakai teknologi ini ke arah yang sebaik-baiknya.


Petikan dari Utusan Online.

(Bicara Agama)

readmore »»


فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ

Firman Allah yang bermaksud: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar. (at-Taubah: 129)


Keterangan ayat
:

Menurut Ibn Abi Hatim, perkataan arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi yang dijadikan Allah. (Tafsir Ibn Abi Hatim, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal.

Abu Daud dan Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan semua urusan dunia dan akhiratnya. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)


Khasiat dan kaifiat beramal :

Amalan membaca ayat ini sudah lama dipraktikkan dalam masyarakat Melayu. Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan ayat yang pendek ini untuk mendapat keselamatan daripada Allah SWT.

readmore »»
Monday, April 20, 2009

Bahana Nafsu..




Petikan dari Berita Harian Online
  • Isnin, 20 April 2009 bersamaan 24 Rabiulakhir 1430
..Saya rasa artikel ini, dapat saya berkongsi dengan sahabat-sahabat supaya kita dapat iktibar dari realiti sebenar apa yang berlaku di malaysia sekarang, bukan saya bertujuan untuk membuka aib sapa-sapa,tetapi ini adalah sekadar peringatan bersama, supaya kita tidak sesat dalam menempuh kehidupan yang mendatang. Saya pasti ada dikalangan sahabat-sahabat sudah membacanya, dan ada juga yang terlepas pandang kerana artikel ini diletakkan dibahagian bawah, dan cukup kecil ruangannyer. Jadi saya rasa ia perlu di ketengahkan supaya kita mengetahui hakikat sebenar yang berlaku dikalangan remaja di malaysia.

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi.

Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks.

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria.

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan.

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’.

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka.

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah.

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cinta BAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.

Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.

Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.

“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.

“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.

Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.

Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.

“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.

“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya.

Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.

“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.

Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.

Kes pelajar mengandung sebelum kahwin

Kes pertama:

SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini.

Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.

Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.

Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa.

Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.

Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.

Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.

“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.

“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima.

“Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.

Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.

Kes kedua :

INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester.

Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun.

Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya.

“Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan.

“Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya.

Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.


semoga petikan ini dapat memberi manfaat kepada sahabat2-sahabat....

Talha
03.05 pagi Mesir

readmore »»
Saturday, April 18, 2009

Stategi Diri


Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan ke Hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam. Dialah pemberi nikmat yang tiada taranya, iaitu Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, utusanNya yang membawa rahmat ke seluruh alam. Begitu juga kepada mereka yang menyelusuri jalan yang telah dilalui oleh para nabiNya.

Sahabat-sahabatku, tika pemikiran ku kerungsingan memikirkan persiapan untuk aku menempuh alam peperiksaan yg bakal tiba, aku cuba untuk mencari jalan keluar dari semua kerungsingan ini...aku cube mengatur strategi dalam memotivasikan diri.

Sahabat,

Setiap orang ada cara dan gayanya dalam menghadapi sesebuah situasi begitu jugalah yang perlu ada dalam setiap diri seorang yang bergelar mahasiswa/wi. Dalam erti kata yang lebih mudah untuk difahami ialah "Strategi". Tambahan pula dalam fatrah untuk menghadapi peperiksaan sudah tentunya akan adapelbagai cara sama ada dari segi pembelajaran, membuat nota, pembahagian masa dan study group. Pentingnya strategi ini adalah supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekaligus dapat mengelakkan daripada tekanan ketika peperiksaan semakin hampir.

Selain daripada itu, dengan adanya strategi melatih diri untuk bijak dalam membuat perancangan. Sepertimana untuk membina sebuah bangunan yang besar mana mungkin ianya dibina tanpa dirangka pelan terlebih dahulu kerana dengan berdasarkan rangkaan pelan itulah yang dapat membantu sepanjang pembinaan bangunan tersebut bukan itu sahaja strategi juga mendorong pemikiran untuk merealisasikan sesuatu dengan lebih kreatif dan kreatis.

Kesimpulannya apa yang pasti setiap yang bergelar mahasiswa/wi perlu ada strategi diri terutamanya untuk menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuh tidak lama lagi. Jangan sesekali mengenteng-entengkan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita di bumi ini.

Sekian..wassalam.

Talha
08.10 malam Mesir

readmore »»


Berikutan masalah kes tari-menari yang berlaku baru-baru ini,marilah kita fahami secara mendalam permasalahan ini,saya copy maklumat ini dari http://akhisalman.blogspot.com/

soalan

apakah hukum wanita menari di khalayak ramai alau ia tutup aurat bolehkah menontonnya atau kita menganjurkan persembahan tarian wanita

jawapan

Ulama syafie berpendapat asal kepada hukum menari adalah harus. Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:


جاء حبشة يزفنون في يوم عيد في المسجد فدعاني النبي صلى الله عليه وسلم فوضعت رأسي على منكبه فجعلت أنظر إلي لعبهم حتى كنت أنا التي أنصرف عن النظر إليهم

“Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda saw melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling dari melihat mereka.” (Hr Muslim – sahih)

Ulama Syafie mensyaratka pengharusan menari bagi lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada pergerakan lemah gemalai. Kalau ada pergerakan sedemikian , maka hukumnya haram kepada lelaki kerana seperti perbuatan khunsa dan perempuan dikhalayak lelaki kerana boleh membawa fitnah.


Adapun bagi mazhab hanafi, maliki, hambali dan al-Qaffal, mereka mengatakan asal hukum menari adalah makruh. Ini kerana menari adalah perkara yang hina dan menjatuhkan maruah. Mereka menyatakan hadis tarian orang habsyah itu adalah maksudnya bermain senjata. Ini berdasarkan hadis berikut:

ويلعبون عند رسول الله بحرابهم

“Mereka bermain tombak di hadapan Rasulullah saw.” (Hr Muslim – sahih)

Hukum makruh adalah sekiranya tidak disertai perkara yang haram seperti minum arak, buka aurat dan sebagainya. Jika ada maka semuanya mengatakan haram.

Bila kita melihat kembali kepada soalan dan kejadian yang berlaku, bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhayak ramai. Berdasarkan mazhab Syafie jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung. Bagi mazhab lain kita lihat pada hukum wanita menari penuh lemah gemalai mengerakkan seluruh anggotanya termasuklah pinggulnya dihadapan lelaki . Kita melihat dari beberapa sudut:

1. Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Ini jelas dari hadis berikut:


وأمر امرأتك أن تجعل تحته ثوبا لا يصفها

“Perintahkan isterimu (Dihyah al-Kalbi) memakai pakaian disebalik pakaian luar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. (Hr Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim)


Dan juga hadis Nabi saw:

مرها فلتجعل تحتها غلالة ، إني أخاف أن تصف حجم عظامها

“Suruh isterimu meletakkan pakaian disebalik pakaian luar, kerana aku takut ia menampakkan bentuk tubuhnya.” (Hr Ahmad)


# Menampakkan bentuk tubuh disebalik pakaian pun haram, bagaimana pula menggerakkan bahagian dada dan pinggul dihadapan lelaki?


2. Islam menegah wanita melunakkan suara berdasarkan Firman Allah swt:


فلا تخضعن بالقول

“Janganlah wanita itu melunakkan suaranya.” (32 : al-Ahzab)

Tegahan melunakkan suara adalah untuk mengelakkan dari wanita itu menimbulkan fitnah. Kalau kita bandingkan perempuan yang melunakkan suara dihadapan kita lelaki dan wanita yang menutup aurat melenggokkan dada dan pinggulnya. Mana yang lebih menimbulkan fitnah?

3. Islam telah menegah wanita menghentak kakinya dihadapan orang lelaki

Firman Allah swt:


ولا يضربن بأرجلهن

Imam Qurtubi mentafsir ayat ini “Jangalah wanita itu menhentak kakinya ketika berjalan untuk memperdengarkan bunyi gelang kakinya. Memperdengarkan bunyi perhiasan adalah seperti menunjukkan perhiasan (aurat) malah lebih dahsyat. Tujuannya adalah melindungi."

Imam az-Zujaj berkata “Mendengar bunyi perhiasan (gelang kaki) lebih menaikkan syahwat dari menunjukkan perhiasan”

# mana lebih yang lebih menaikkan syahwat? Perempuan yang mendengarkan bunyi perhiasannya atau yang melengang lenggok tubuh badannya dihadapan orang lelaki?

Kesimpulan: Jelas sekali wanita menari dengan lemah gemalai dan meliukkan tubuh badannya adalah perkara yang ditegah sama sekali. Menontonnya adalah dilarang berdasarkan Firman Allah:


قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم

“Katakan kepada orang beriman hendaklah menjaga pandangan mereka.” (30 : an-Nur)


Nabi saw bersabda:


والعينان زناهما النظر

"Dan zina dua mata adalah melihat perkara yang diharamkan."
(Hr Bukhari dan muslim)


Menganjurkan perkara yang haram juga dilarang. Mengupah wanita untuk menari sebegini juga dilarang. Pengarang kitab Mausu’ah Kuwaitiah berkata:

“Tidak ada khilaf dikalangan ulama mengatakan bahawa mengupah terhadap perkara yang haram adalah haram.”

Adapun orang yang menghadirinya adalah hukumnya jelas dari apa yg disebut didalam kitab مغني المحتاج:

“Dan sekiranya kehadiran seseorang itu ke majlis tidak menghilangkan kemungkaran yang ada, diharamkan untuk dia datang kerana ianya seumpama reda dengan kemungkaran.”

Rujukan: Mausuah feqhiah (Kuwait), Tafsir Qurtubi, at-Ta’amul Masyru’ lil mar2ah ma3a rajul ajnabi oleh Nabilah zaid dan Hukum patung dan gambar oleh salman maskuri.

readmore »»

hihihi...menarik x kami posing?? nie time ondaway nk ke Matruh siwa...letih betul, dekat 5 jam perjalanan..

Erm...time nie aku p mkn sea food gn ahli bait, dapur umh kami xberasap..so skali skala mkn kt luar..seronok gk..hihih

Wah...Seronok yer...time nie team aku menang sukanika gn volleyball..Hari Keluarga Mansurah (SULAM 08)

Wah...cute x?? my Team Volleyball time sek dulu...nie sblom nk lawan gn team sek cina n MRSM..

My Team..warge Wilayah Persekutuan dimesir..time nie kt stadium zaqoziq..nk tau ke team kami dpt tempt ke berapa??..biarla Rahsia...hihihi

Malaysia Team Volleyball...time nie kt stadium ARMA...festivel Asean...time nie lawan gn Thailand n kemboja..bersama rakan2 dari Negeri 9.

My fmly...waduh...rindu seh gn fmly di malaysia...Semoga semua sihat2 belaka...Love U all..

haaa...nie bakal sbenar, baru lepas siat2 kulit muke kambing nie...huhu..sian die..de sape2 yg berminat nk disiat kulit mukenyer , call me..hihihi

hihihi...unte yg baru saje ditumbangkn...Raye korban bersama Student perak Mesir..

klik please for help me...

Ketenangan