Sunday, January 17, 2010

Dekati Pencipta dari usia muda


NIKMAT kehidupan hidup di dunia ini memang menakjubkan. Keindahan dan kesenangan membuatkan kita berasa selesa untuk terus mendiaminya.

Sekiranya kita tidak memahami erti sebenar kehidupan ini, pasti dunia mempengaruhi sikap dan perilaku kita. Kita juga tidak mahu meninggalkan dunia untuk menemui Tuhan Yang Esa.


Keinginan untuk bertemu dengan Allah s.w.t membuatkan kita terlepas daripada bahaya belenggu kehidupan duniawi.


Bagi mereka yang bersedia menemui Allah, keinginannya selalu termakbul. Mereka menikmati kehidupan yang tenang dan bahagia.


Bagaimana caranya kita boleh menemui Allah? Bertemu Allah bukannya bermaksud bertemu secara fizikal kerana perkara itu semestinya mustahil. Pertemuan dengan Allah bermaksud keadaan jiwa yang wujud selepas kita melakukan usaha tertentu seiring dengan al-Quran dan hadis.

Hakikatnya, pertemuan dengan Allah satu cita-cita yang muncul selepas adanya pengakuan kewujudan Allah yang lahir daripada sanubari.


Kini remaja dikaitkan dengan golongan yang jauh daripada Allah kerana mereka lebih suka kepada hobi yang bersifat duniawi. Mereka juga selalu berpendirian 'ibadat itu hanya untuk orang tua yang hampir menemui ajal.' Sebenarnya remaja akan diberi kedudukan yang mulia di sisi Allah jika mereka membesar dalam suasana beribadah. Ramai tokoh ternama Islam yang menjadi contoh teladan sejak dari zaman remaja bahkan ketika awal kanak-kanak lagi mereka sudah membuktikan keperibadian yang unggul seperti Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas'ud, Fatimah Az-Zahra dan Mush'aib bin Umair.


Justeru, anggapan mengatakan remaja berada jauh daripada Allah tidak tepat. Alangkah indahnya jika golongan remaja dapat menjadi ansharullah (pembela atau penolong Allah) yang digambarkan Allah dalam firmannya bermaksud: "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang menyertainya bersikap keras terhadap kekafiran serta berkasih sayang antara mereka." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh di antara mereka dengan keampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Fath ayat 29). Maka naskhah ini khas buat mereka yang bergelar remaja bagi memperkemaskan diri agar terus tegar menempuh segala cabaran dalam membenihkan kehidupan yang penuh kegembiraan dan kasih sayang daripada Pencipta.

3 comments:

zahratul jannah said...

salam...teruskan dengan coretan...semoga Allah merahmati kamu..teruskan perjuangan...

炒米粉Ken said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Post a Comment


hihihi...menarik x kami posing?? nie time ondaway nk ke Matruh siwa...letih betul, dekat 5 jam perjalanan..

Erm...time nie aku p mkn sea food gn ahli bait, dapur umh kami xberasap..so skali skala mkn kt luar..seronok gk..hihih

Wah...Seronok yer...time nie team aku menang sukanika gn volleyball..Hari Keluarga Mansurah (SULAM 08)

Wah...cute x?? my Team Volleyball time sek dulu...nie sblom nk lawan gn team sek cina n MRSM..

My Team..warge Wilayah Persekutuan dimesir..time nie kt stadium zaqoziq..nk tau ke team kami dpt tempt ke berapa??..biarla Rahsia...hihihi

Malaysia Team Volleyball...time nie kt stadium ARMA...festivel Asean...time nie lawan gn Thailand n kemboja..bersama rakan2 dari Negeri 9.

My fmly...waduh...rindu seh gn fmly di malaysia...Semoga semua sihat2 belaka...Love U all..

haaa...nie bakal sbenar, baru lepas siat2 kulit muke kambing nie...huhu..sian die..de sape2 yg berminat nk disiat kulit mukenyer , call me..hihihi

hihihi...unte yg baru saje ditumbangkn...Raye korban bersama Student perak Mesir..

klik please for help me...

Ketenangan